Salam semua.
Kini, saya sedang membangunkan kedai mini alam maya saya sendiri secara kecil-kecilan. Selama ini, hanya membeli-belah di kedai-kedai online rakan blogger sahaja. Berbekalkan sedikit usaha dan minat berniaga, saya harap anda semua akan menyokong usaha saya ini. Bercita-cita untuk memiliki kedai sendiri tetapi keadaan tidak mengizinkan buat masa sekarang. Oleh itu, dengan penubuhan 'aredha shop' ini diharap menjadi titik tolak untuk saya melangkah lebih jauh dan merealisasikan impian saya.
Apa yang dijual di sini adalah pelbagai barangan. Ada yang baru, ada juga barangan terpakai. Semuanya terpulang kepada anda untuk memilih. Jika ada yang berkenan atau sebarang pertanyaan, jangan malu-malu menghubungi saya.
Teruskan menyokong kerana saya amat menghargai anda!